JOM IKHLAS UMRAH
"Pakej Umrah Sehenti Anda.." JOM IKHLAS UMRAH Salam kepada semua pembaca budiman yang dikasihi. Ini adalah ruangan di mana anda dapat memperoleh sedikit pengetahuan sebelum berkira-kira untuk mengerjakan ibadah Umrah dengan penuh yakin, selamat & selesa. Sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda untuk membuat pilihan dengan lebih baik lagi. PENGENALAN Terlebih dahulu haruslah kita fahami maksud "umrah" itu sendiri. Dari segi bahasa Arab yang diterjemahkan bermaksud ziarah. Manakala dari segi syaraknya pula bermaksud menziarahi Baitullah Al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu. BEZA UMRAH & HAJI Ibadah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Ibadah Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja & hari kemuncaknya ialah pada hari 9,10,11 & 12 Tashrik di mana jemaah akan berkumpul di Mina & Arafah. Perbezaan lain adalah ibadah Umrah disediakan agensi pelancongan berdaftar...