JOM IKHLAS UMRAH
"Pakej Umrah Sehenti Anda.."
JOM IKHLAS UMRAH
Salam kepada semua pembaca budiman yang dikasihi. Ini adalah ruangan di mana anda dapat memperoleh sedikit pengetahuan sebelum berkira-kira untuk mengerjakan ibadah Umrah dengan penuh yakin, selamat & selesa. Sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda untuk membuat pilihan dengan lebih baik lagi.
PENGENALAN
Terlebih dahulu haruslah kita fahami maksud "umrah" itu sendiri. Dari segi bahasa Arab yang diterjemahkan bermaksud ziarah. Manakala dari segi syaraknya pula bermaksud menziarahi Baitullah Al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
BEZA UMRAH & HAJI
Ibadah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Ibadah Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja & hari kemuncaknya ialah pada hari 9,10,11 & 12 Tashrik di mana jemaah akan berkumpul di Mina & Arafah.
Perbezaan lain adalah ibadah Umrah disediakan agensi pelancongan berdaftar dengan MOTAC mengikut pakej disediakan manakala ibadah Haji hanya TABUNG HAJI sahaja yang akan menguruskan keperluan kesemua jemaah berkenaan.
IKHLAS Com Travel and Umrah Sdn Bhd (KPK/LN: 4461)
IKHLAS Com Travel and Umrah Sdn Bhd (KPK/LN: 4461)
PAKEJ UMRAH
Ramai yang bertanya kepada saya mengenai diskaun penerbangan sebaik mengetahui saya adalah salah seorang kakitangan syarikat penerbangan airasia. Sehinggakan saya tidak mampu menjawab & memberi jawapan pasti.
Sebab pertamanya saya berada di Bahagian Operasi airasia Ride. Setahu saya, hanya kakitangan & keluarga sahaja yang layak beroleh diskaun penerbangan sepanjang berkhidmat di airasia.
Tanpa disangka-sangka, suatu hari saya telah menerima pelawaan untuk menjadi sebahagian dari agen rasmi syarikat untuk agensi pelancongan ziarah & umrah airasia iaitu IKHLAS DOT COM. Bagai mengantuk disorong bantal, saya menerima sahaja pelawaan mereka.
Haa.. Inilah jawapan yang sepatutnya saya berikan lama dahulu pada semua yang bertanya - Ya saya boleh tolong dapatkan pakej ibadah Ikhlas Umrah pada harga berdiskaun !!
Berminat ?
Sila tinggalkan pesanan di
Sham Rahman
Atau
Sila tinggalkan maklumat anda di
PAKEJ SALAAM
PAKEJ NAAEM
PAKEJ AMAAL
7 JULAI 2023
KENAPA ANDA HARUS MEMILIH IKHLAS DOT COM ?
Terdapat banyak tawaran menarik & adakalanya sampai mengelirukan yang banyak terdapat di luar sana. Jadi tolong hati-hati agar anda tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan.
Berikut disenaraikan beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian sebelum anda melanggan sebarang pakej umrah di luar sana.
👉 PENDAFTARAN SYARIKAT
Anda boleh membuat semakan awal di www.motac.gov.my
IKHLAS Com Travel and Umrah Sdn Bhd (KPK/LN: 4461)
IKHLAS Com Travel and Umrah Sdn Bhd (KPK/LN: 4461)
Semakan ini perlu dibuat agar anda mendapat jaminan pihak berkuasa bahawa syarikat telah berdaftar dengan sah & sekiranya berlaku perkara tidak diingini, anda boleh membuat laporan rasmi di kemudian hari.
👉 AGEN
Sebagai agen rasmi syarikat & juga kakitangan airasia, saya memberikan jaminan anda akan mendapat maklumat secukupnya sebelum melanggan. Anda boleh mengajukan sebarang pertanyaan & aduan berkaitan pakej Ikhlas Umrah diiklankan bemula dari pembayaran deposit, kursus & tarikh pelepasan.
👉 KURSUS UMRAH
Kursus persediaan untuk mengerjakan umrah disediakan oleh Ikhlas Dot Com melalui fizikal & juga atas talian mengikut kesesuaian jemaah. Ini bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai beberapa perkara yang hendak dilakukan di sana nanti.
👉 JAMINAN TEMPAT TINGGAL
Ini adalah perkara kedua penting untuk anda pastikan mendapat tempat tinggal yang selesa & mengikut apa yang dilanggan sepanjang berada di Arab Saudi.
Ikhlas Dot Com telah menandatangani perjanjian dengan pihak berkuasa Arab Saudi & pengusaha hotel agar tidak berlaku sebarang masalah kepada jemaah Ikhlas Umrah kelak.
Berikut adalah siaran media mengenai perjanjian serta kerjasama berkenaan Ikhlas Umrah.
(Sila KLIK link di bawah untuk berita penuh)
👉 PENGANGKUTAN
Ikhlas Dot Com menggunakan pesawat airasia sendiri dari Kuala Lumpur ke Jeddah tanpa transit di mana-mana dengan kekerapan 6 kali penerbangan seminggu. Lihat menarik bersama Ikhlas Umrah !
Pesawat yang digunakan adalah model Airbus 330 (AAX) yang sangat luas dan lebih selesa berbanding pesawat domestik lain.
Jemaah juga mempunyai pilihan untuk melanggan kerusi premium Flatbed yang dijual tambahan antara RM 1500 ke RM 2500 mengikut musim.
IKHLAS DOT COM telah berjaya menerbangkan jemaah ke Tanah Suci tanpa gagal & telah merekodkan jumlah baharu setiap tahun. Ini bersandarkan kepada pengalaman lepas jemaah terdahulu yang sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh Ikhlas Umrah.
IKHLAS Com Travel and Umrah Sdn Bhd (KPK/LN: 4461)
IKHLAS Com Travel and Umrah Sdn Bhd (KPK/LN: 4461)
Atau
Sila tinggalkan pesanan anda di
JADUAL UMRAH IKHLAS 2023
Berikut adalah jadual bagi bulan Ogos, September, Oktober, November & Disember.
Bakal jemaah boleh merancang waktu sesuai untuk bertolak bagi menunaikan ibadah Umrah Ikhlas nanti.
📌 DIKEMASKINI PADA
7 JULAI 2023
Atau
Sila tinggalkan pesanan anda di
Comments